Pelakon dan pengarah popular Datuk
Hans Isaac terlihat makan malam bersama dengan Neelofa di sebuah Restoran
terkemuka di Genting Highland.
Difahamkan pasangan ini baru sahaja
selesai menonton konsert bintang sensasi R&B, John Legend. Konsert yang
dikenali sebagai ‘Jelajah Darkness and Light World’ itu diadakan di Arena of
Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.
Perkara ini telah disedari peminat
selepas sebuah video yang dimuatnaik oleh teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly
di Instagram Stories. Video singkat itu menunjukkan Hans Isaac ada bersama di
Restoran itu menikmati hidangan Burger Lobster di Sky Avenue, Resort World
Genting.
Secara kebetulan Neelofa juga turut
memuatnaik video dia menikmati hidangan yang sama di Restoran terkemuka itu.
Kedua-dua video secara tak langsung telah mengesahkan bahawa pasangan ini
menonton bersama-sama konsert John Legend.
Walaupun pasangan ini telah membawa
haluan sendiri semenjak berpisah pada tahun 2014 yang lalu, ada desas-desus
mengatakan mereka telah kembali menjalinkan hubungan cinta. Betul ke dakwaan
ini?
Sumber: hangat.com

