Setelah membuat persiapan selengkapnya selama tiga bulan dan berada di Amerika Syarikat selama dua minggu, pelakon Raja Ilya yang pernah digembar-gamburkan kisahnya untuk membintangi filem francais Marvel akhirnya terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita. Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham”
“Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya,” kongsinya.
Raja Ilya menolak tawaran tersebut kerana merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya. Ini sebab kemungkinan pelakon cantik ini tidak meneruskannya.
Jadual Yang Terlalu Ketat
Mungkin ya dan mungkin tidak! Alasan kami komitmen untuk filem ini haruslah diberikan sepenuhnya. Memandangkan filem ini bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi, dan barang kali pada April seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Dan pada Mei umat Islam akan berpuasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri, sudah pasti bakal menjadi kekangan buat Ilya.
Watak Yang Tidak Sesuai
Berkemungkinan watak yang diterima juga adalah tidak sesuai. Segalanya adalah ‘mungkin’ kerana seperti yang kita ketahui Marvel begitu memilih pelakon – pelakonnya begitu juga dengan Ilya sendiri.
Perubahan Diri Yang Ketara
Sebelum ini, Ilya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia untuk membuat perubahan pada dirinya. Bukanlah untuk mendakwa mana-mana pihak, namun keberangkalian Ilya terpaksa membuat pembedahan plastik bagi menepati ciri yang diinginkan juga adalah faktor utama mengapa beliau menolak untuk berlakon.
Adegan Bercium
Hampir setiap filem Hollywood akan memaparkan adegan bercium mahupun di ranjang. Melihatkan komen Ilya mengenai faktor utama beliau menolak adalah kerana syarat yang ditetapkan Marvel, kami tidak tolak kemungkinan bahawa antara syaratnya itu adalah ‘bersedia’ untuk melakukan adegan ini.
Berpakaian Terlalu Seksi
Selain adegan bercium dan juga di ranjang, berpakaian seksi juga barangkali antara syaratnya. Lihat saja watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot. Seksi bukan?
Sebelum ini, Raja Ilya tenang berhadapan dengan dakwaan warga laman sosial bahawa dia menipu yang kononnya dia layak untuk berlakon bersama bintang filem terkenal lain di Hollywood.
Bagaimanapun, setelah menolak tawaran tersebut, dia turut menerima tawaran lain dan buat masa sekarang dia sudah menandatangani perjanjian dan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut. Harapnya kali ini janganlah tidak jadi lagi memandangkan perjanjian sudah dimeterai.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi… Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta ‘mengunci’ mulut. Saya minta semua peminat mendoakan yang terbaik. Saya berjanji apabila sampai masanya, saya akan beritahu dengan lebih lanjut,” katanya.
sumber: rotikaya.com | hangat.com






